Saturday 21 April 2012

Resepi Grill Chicken Chops



Salam semua.....

Selamat berhari minggu... walaupun hari minggu dah nak sampai kepenghujungnya.... Hari ni saya masak western food lagi... semalam lasagna... hari ni pulak grilled chicken chop...

Sebenarnya nak celebrate birthday my baby Sara Marissa yang ke setahun... Yeeh!!! sara dah satu tahun.... Actually nak celebrate awal lagi tapi asyik tertangguh je... sebab my hubby tersangatlah sibuknya... So saya masak chicken chop ni sebab ni fav anak2...

Sara pun suka chicken chop!!! tapi saya kena hancur2kan ayam tu dululah baru dia bolah mamam......




.... Resepi nya macam biasa lah, sama seperti resepi dulu2 yg pernah saya postkan.... tapi kali ni saya letak rosemary!!! supaya lebih sedap dan harum baunya....



Bismillahirohmannirrahim!!!!.... besday girl nak mamam ciken chop dulu!!! Kalau malas nak cari link resepi tu, saya copy n paste kan semula ya...



Resepi Grilled Chicken Chop

1 ekor ayam  sederhana ( di belah 4 dan ‘debone’kan ayam –  dapat 4 keping ) - kali ni saya beli dada ayam dan buangkan tulangnya!!!
1 sudu besar lada hitam ( ditumbuk)
3 sudu besar sos tiram
1 sudu besar sos cili
1 sudu besar kicap manis
1 sudu makan kicap masin
1 sudu makan jus limau
1 sudu besar jus halia ( 1 inci halia di tumbuk dan perah jusnya kedalam ayam)
1 sudu kecil serbuk ayam ( granulled chicken stock)
1 sudu besar Rosmary kering ( saya tambah )

Cara Penyediaan

1. Satukan semua bahan hingga rata. Kemudian peraplah ayam dalam petisejuk selam beberapa jam. Seelok-eloknya semalaman.

2. Semasa hendak membakar gaulkan dengan sedikit minyak masak dan bolehlah di bakar di atas periuk non stick. Balik-balikkan ayam hingga masak dan bolehlah di angkat. Saya guna pembakar elektrik je  lebih mudah!


Untuk Sos Perang ( brown sause ) @ Sos lada hitam

1 labu bawang besar ( potong dadu)
1 sudu besar mentega
2 sudu besar tepung gandum ( ayak dulu takut macam-macam ada dalam tepung)
1 liter air ( lebih kurang dalam 1 jag kecil )
3 sudu besar sos tiram
1 sudu besar kicap (untuk menggelapkan sikit warna sos )
1 sudu makan sos tomato atau sos chili
1 sudu besar lada hitam ( ditumbuk halus)
1/2 kiub perasa ayam atau daging lembu.
Sedikit garam

Cara membuatnya

1. Panaskan mentega dalam periuk kemudian tumis bawang besar hingga layu.

2. Tepung gandum di larutkan dalam air hingga rata kemudian masukkan dalam periuk tumisan tadi.

3. Masukkan semua bahan lain termasuk sos-sos. Kacau atas api hingga pekat. Boleh di angkat dan dihidangkan.

* jika anda biasa guna kaedah white sos iaitu masak tepung gandum dalam mentega dulu baru masuk bahan-bahan lain boleh juga. Tapi saya lebih suka buat begini je sebab lebih senang.

** Anda boleh juga tambah cendawan dalam tin yang sudah dipotong-potong jika anda mahu.

Hidanglah chicken chop anda dengan kentang goreng, salad mix vege, timun dan tomato segar!!!

Selamat mencuba!!!


No comments:

Post a Comment