Sebenarnya dah banyak kali gak pergi Bukit Merah Lake town Resort.. anak2 dah jemu... so kita bermalam di Appartment Suria, Bukit Merah tapi nak cuba tukar haluan pergi Lost world Tambun esok pagi...
So hari ni layan sarah mandi manda di swimming pool di hotel ni.... Aku rasa mandi di swimming pool ni lebih menyeronokkan berbanding mandi di water fair tu....sebab kt sini lebih privacy dan tenang berbanding kt tempat ramai orang tu...
Lagi pun senang sikit... dekat dengan bilik...senang nak salin2 baju... kt lake town resort tu tak mungkin aku dapat mandi kerana biasanya aku ni cuma jadi tukang jaga bag dan barang2 je... manakala hubby dan anak2 mandi tak ingat dan kalau boleh nak tidur kt dalam air tu...
so, santai2 kt sini puas2 dulu.... sambil tengok sarah mula2 jual mahal tak mahu masuk dalam air.. dan lama2 jadi budak yg dah macam ketagih air.... Dah nak dekat magrib pun tak nak naik...
so terpaksalah aku paksa je naik bilik... sambil bawak sarah melalak2 sekuat hati sampai tetamu2 hotel terjenguk2 lihat kami!!! wat malu je sara ni tau....
No comments:
Post a Comment