Monday, 25 February 2013

Sara Umpama Pelangi....

Kadang-kadang ada orang mempertikaikan kenapa mesti nak ada baby lagi di saat umur sudah mencecah 40an..... Saya melahirkan sara ketika umur saya 43 tahun... Sesetengah orang ada yg memandang rendah bila wanita yg sudah berumur pregnant lagi!!! Seperti ia sesuatu perkara yg memalukan...

Jawapannya adalah kerana jiwa saya sudah mula merasai sunyi!! Kedua2 putera dan puteri saya sudah meningkat ke alam remaja... Anak2 saya tu sudah tidak mahu lagi di belai2 dan dicium2 seperti anak kecil... bila pulang dari sekolah biasanya mereka lebih suka berkurung didalam bilik..... Mereka sudah berada di dalam dunia mereka sendiri....

Dan saya serta suami sudah terasa rumah kami tidak semeriah dulu-dulu.... Walaupun mereka ada dirumah tetapi tetap merasa sunyi kerana kedua2 putera dan puteri remaja saya jenis yg agak pendiam...

Bayangkan kalau mereka ada, suasana dirumah pun sudah terasa sunyi... apa lagi jika mereka tiada dirumah.... Andaikata mereka duduk jauh kerana menuntut ilmu di pusat pengajian tinggi atau mereka sudah berkeluarga at least ada si bungsu ni... dapat jugakk menjaga sakit pening kami di hari tua..... at least ada juga teman untuk berbicara dan bergurau atau teman utk diajak kesana-sini!!!

Kehadiran Sara pulakk sgt tepat pada waktunya.... Bagi saya  Sara umpama Pelangi.... kerana dia adalah penyeri rumah kami.... Dalam usianya sekarang ( 1 tahun 10 bulan ) dia sedang giat utk belajar bercakap... Dengar saja dia belajar menyebut sesuatu perkataan pun sudah buat kami seisi keluarga ketawa sampai nak pecah perut....Kami sangat terhibur dengar suara comelnya bila dia belajar menyebut satu satu perkataan.... Betapa bahagianya hidup kami sekarang...

Yang kami tak sangka.... rezeki kami juga semakin mencurah2 sejak kehadiran sarah... Alhamdulillah... syukur!!!

Gambar2 yg di pamerkan tiada berkaitan dgn entri...  saya saja nak share betapa excitednya ketika saya bawa dia jalan2/bercuti utk mengenal alam semula jadi ciptaan Ilahi ini....

Lokasi gambar : Pantai Batu Buruk Terengganu








No comments:

Post a Comment