Sunday, 1 April 2012

Red Velvet Cupcakes Sempena Birthday Kakak Anis...





Salam..... Actually semalam birthday my daughter, yg ke 14 tahun.!! Tahun ni besday anak saya, kami celebrate sederhana sahaja.... Saya hanya buatkan kek red velvet kerana my dotter dah buat plan nak celebrate bersama kawan2nya di Mc Donald!!. Kami pun makan2 sekali kat sana.... Wah.... dah besar rupanya anak dara saya!!! Anak bujang saya pun sudah 16 tahun.... semakin tua umur anak, kita ni apatah lagi... Namun begitu Alhamdulillah, syukur atas nikmatNya kerana saya sempat melihat anak2 membesar di depan mata!! Kini lengkaplah hidup saya....kerana saya dikurniakan putera dan puteri yang sangat baik, comel, sihat dan sempurna!!. Saya cuma bermohon agar semua anak2 saya menjadi orang yang berguna, berjaya dalam hidupnya, taat kepada Allah dan kedua ibubapanya serta di kuniakan rahmat dan perlindungan oleh Allah S.W.T......... Amin.








.....berbalik cerita kek red velvet, ini  first time saya membuatnya... so masa first adunan saya tak pandai nak agak berapa byk pewarna merah yang harus dibubuh.... saya bubuh pewarna merahnya terkurang sikit... tu yg nampak macam kek coklat je... but rasanya tetap sama.... cuma warnanya sahaja yang berapa baldu merah!!!




...... yng ni kali kedua.... ok sikit dari yg pertama....




.. Actually ni first time saya makan kek RV ni.... Before ni dengar org komen kata kek ni sedap, ada juga yg kata kek ni biasa sahaja... pada pandangan saya kek ni rasa biasa sahaja kalau dimakan tanpa cheese frosting.... kalau dimakan bersama cheese frosting memang ada rasa keistimewaannya... Utk resepi Red Velvet ni saya guna resepi kat bawah....  resepi mudah dan InsyaAllah menjadikk!!!

  Resepi Red Velvet Cupcakes Bahan 1:
  • 2 biji telor ( saya guna gred b )
  • 1 cawan buttermilk ( saya letak 1 1/4 cawan )
  • 1/2 cawan (113g)butter ( saya letak 125 g )
  • 1 1/2 cawan gula
  • 1 sudu teh vanilla
  • 5 - 6 titik pewarna merah *food colouring*(saya letak dalam 1 1/2 @ 2  sudu makan - baru dpt color merah)
Bahan 2:
  • 2 1/4 cawan tepung
  • 2 sudu besar serbuk koko
  • 1 sudu kecil baking powder
  • 1/2 sudu kecil garam
Bahan 3:
  • 1 sudu kecil baking soda
  • 1 sudu teh cuka ( saya letak 1 sudu makan )
Cara membuatnya:
  1. Panaskan oven 180'.
  2. Campur kesemua bahan 1 hingga sebati.
  3. Dalam mangkuk lain, ayak kesemua bahan 2.
  4. Satukan bahan 1 dan 2. Kacau2kan dengan senduk kayu sehingga kedua2nya sebati.
  5. Campurkan bahan 3, kacau sebati.
  6. Tuangkan adunan ke dalam mangkuk kertas sehingga 3/4 penuh. Bakarkan selama 15 - 18 minit.
  7. Sementara itu boleh lah diputar cheese cream untukfrosting.
  8. Tunggu cup cake sejuk dahulu baru diletak frosting.
Bahan untuk frosting:
  • 250g cream cheese
  • 100g butter
  • 1 cawan gula Icing - wajib diayak dahulu bagi mengelakkan frosting berketul2
Putar semua bahan biar jadi gebu dan putih.



Wajah happy besday girl..........
Dapat hadiah kek dari kawan2nya!!! Alhamdulillah!!.... tahun ni dapat jugak beli hadiah yg sudah lama di ingininya...... Semoga Nur Anis Sabrina ceria dan bahagia selalu...........

No comments:

Post a Comment