Saturday, 21 April 2012

Resepi Grill Chicken Chops



Salam semua.....

Selamat berhari minggu... walaupun hari minggu dah nak sampai kepenghujungnya.... Hari ni saya masak western food lagi... semalam lasagna... hari ni pulak grilled chicken chop...

Sebenarnya nak celebrate birthday my baby Sara Marissa yang ke setahun... Yeeh!!! sara dah satu tahun.... Actually nak celebrate awal lagi tapi asyik tertangguh je... sebab my hubby tersangatlah sibuknya... So saya masak chicken chop ni sebab ni fav anak2...

Sara pun suka chicken chop!!! tapi saya kena hancur2kan ayam tu dululah baru dia bolah mamam......




.... Resepi nya macam biasa lah, sama seperti resepi dulu2 yg pernah saya postkan.... tapi kali ni saya letak rosemary!!! supaya lebih sedap dan harum baunya....



Bismillahirohmannirrahim!!!!.... besday girl nak mamam ciken chop dulu!!! Kalau malas nak cari link resepi tu, saya copy n paste kan semula ya...



Resepi Grilled Chicken Chop

1 ekor ayam  sederhana ( di belah 4 dan ‘debone’kan ayam –  dapat 4 keping ) - kali ni saya beli dada ayam dan buangkan tulangnya!!!
1 sudu besar lada hitam ( ditumbuk)
3 sudu besar sos tiram
1 sudu besar sos cili
1 sudu besar kicap manis
1 sudu makan kicap masin
1 sudu makan jus limau
1 sudu besar jus halia ( 1 inci halia di tumbuk dan perah jusnya kedalam ayam)
1 sudu kecil serbuk ayam ( granulled chicken stock)
1 sudu besar Rosmary kering ( saya tambah )

Cara Penyediaan

1. Satukan semua bahan hingga rata. Kemudian peraplah ayam dalam petisejuk selam beberapa jam. Seelok-eloknya semalaman.

2. Semasa hendak membakar gaulkan dengan sedikit minyak masak dan bolehlah di bakar di atas periuk non stick. Balik-balikkan ayam hingga masak dan bolehlah di angkat. Saya guna pembakar elektrik je  lebih mudah!


Untuk Sos Perang ( brown sause ) @ Sos lada hitam

1 labu bawang besar ( potong dadu)
1 sudu besar mentega
2 sudu besar tepung gandum ( ayak dulu takut macam-macam ada dalam tepung)
1 liter air ( lebih kurang dalam 1 jag kecil )
3 sudu besar sos tiram
1 sudu besar kicap (untuk menggelapkan sikit warna sos )
1 sudu makan sos tomato atau sos chili
1 sudu besar lada hitam ( ditumbuk halus)
1/2 kiub perasa ayam atau daging lembu.
Sedikit garam

Cara membuatnya

1. Panaskan mentega dalam periuk kemudian tumis bawang besar hingga layu.

2. Tepung gandum di larutkan dalam air hingga rata kemudian masukkan dalam periuk tumisan tadi.

3. Masukkan semua bahan lain termasuk sos-sos. Kacau atas api hingga pekat. Boleh di angkat dan dihidangkan.

* jika anda biasa guna kaedah white sos iaitu masak tepung gandum dalam mentega dulu baru masuk bahan-bahan lain boleh juga. Tapi saya lebih suka buat begini je sebab lebih senang.

** Anda boleh juga tambah cendawan dalam tin yang sudah dipotong-potong jika anda mahu.

Hidanglah chicken chop anda dengan kentang goreng, salad mix vege, timun dan tomato segar!!!

Selamat mencuba!!!


Tuesday, 10 April 2012

Bubur Ayam Bersama Pumpkin, Kentang Dan Cauliflower



Salam,

Hari ni rasa nak cuba resepi baru utk sarah.... masa buat blogwaking cari resepi utk baby food saya tertarik dgn resepi mudah dari blog dr halina.... pumkin/butternut squash, ikan salmon  dan brokoli di masak bersama dgn susu kemudian di blend... nampak yummy sangat dan saya pasti sara sukakannya....

Resepinya sangat mudah dan semua dah ada kat dapur saya kecuali ikan salmon. Saya selalu bernasib kurang baik kerana bila ke Tesco, ikan salmon selalu shj kehabisan. Nak pergi pasaraya lain memang tak de masa lah... sebab kat sini pasaraya yg paling dekat dari rumah saya...

So, untuk hari ni ikan salmon saya gantikan dgn dada ayam....dan saya campurkan pula pumkin tadi dgn sedikit kentang kerana risau, perut sara belum biasa dgn pumkin sepenuhnya..... Ini first time dia makan pumkin...



Inilah hasilnya.... 4 bahan tadi di didihkan bersama susu..... tinggal nak blend sahaja....

Resepi Puree Chicken, pumkin, potato dan Brokoli

1 keping dada ayam
1 biji kentang ( saiz besar ) 
sepotong pumkin/ butternut squash/labu ( dipotong dadu )
sepotong brokoli
1 1/2 cawan susu ( saya guna susu baby yg di campur dengan 1 1/2 cawan air )

  Cara

 1. Saya rebus terlebih dahulu kentang dan pumkin dengan sedikit air hingga lembut.
 2. Bila dah lembut saya masukkan ayam, susu, dan brokoli.
 3. Biar mendidih seketika dan kacau2 selalu.
 4. Tutup api dan bila telah suam sedikit bolehlah di blend dan dihidangkan kepada baby anda...




Ni puree yang telah siap di blend.....




Ermm... sedapnya... kan chibi!!!  hari ni chibi sara makan puree karot dan puri ayam bersama pumkin.... mulut dia masih comot bila makan...

My Baby Sarah Marissa sekarang ni dah hampir mencecah 1 tahun... next week hari lahirnya!! Memang tak sedar semakin hari sara semakin besar.... lepas ni dah tak boleh panggil dia baby lagi.... sebab dia dah jadi gegirl!!!  dia akan terus dan terus jadi big girl!!!

Sunday, 8 April 2012

Baby Korea

Salam...

Kemana-mana tempat saya pergi bawa sara, ramai yang panggil dia 'baby korea'.... sampai lekat nama baby korea sampai kini...... Betul ke muka dia seperti anak orang korea???

Masa belek2 gambar yg saya ambil baru2 ni barulah saya perasan.... muka dia memang macam budak korea....






Friday, 6 April 2012

Puri Carot For Sarah




Assalamualaikum, kawan2....

Hari ni mama sara masak resepi baru utk makanan sara tau.... cedap dan berkhasiat sangat....
Kawan2 cubalah resepi ni ya.... best sangat!!!

 Sekarang ni caya tgh search kat tenet resepi yg best2!!! nanti nak suh mama masyak utk kita..... caya ni cerewet sikit tentang makanan!!! banyak benda yang caya tak suka makan...tapi kat tenet  macam2 ada....termasuk resepi utk baby. Caya nak makan banyak2 supaya kita cepat besar dan pandai!!!




Ini lah Karot yang telah di blend bersama keju, sayur brokoli dan califlower tu... rasanya sgt sedap, manis dan lemak2.... Manis pun tak kuat sgt, cuma sedang2 je.... Rasa brokoli dan califlower langsung tak terasa so baby boleh makan tanpa gangguan rasa yg kurang enak!!!

 Didalam puri ni memang banyak khasiat. Karot mengandungi beta kerotin (yang akan ditukar kepada vitamin A dalam badan kita) yang tinggi selain dari sebahagian besar serat dan karbohidrat terdapat juga sedikit protin, lemak, kalsium, zat besi, vitamin B1, vitamin B2, vitamin B6, vitamin C, vitamin K, biotin, potassium dan thiamine.

 Manakala brokoli, dan bunga kobis pula mengandungi provitamin A atau karotenoid, vitamin E, asam folat dan vitamin C. Kesemua karot, brokoli, dan bunga kobis ni  sangat kaya dengan anti melawan kanser.

 Keju pula sangat kaya dgn karbohidrat, kalsium, protein, lemak, vitamin dan mineral. Boleh baca kat sini tentang khasiat keju.

 Untungnya sara..... dapat makan 1 biji karot sehari!!!! bukan mudah tau.... orang dewasa pun tak makan karot sebiji sehari!!!!

Resepi Puri Karot

 2 btg karot ( saiz sederhana )
 2 keping keju chedar
 sepotong brokoli sepotong bunga kobis ( cauliflower )
 2 - 3 oz susu baby yg sudah di bancuh dengan air ( susu ni diperlukan semasa utk memgisar karot dll... jumlahnya bergtg setakat mana blender boleh bergerak )

  Cara membuatnya
 1. Celur terlebih dahulu karot yg telah di potong, bunga kobis, dan brocolli
 2. Masukkan bahan tersebut kedalam blender bersama keju dan susu.
 3. Blend hingga hancur dan lumat supaya mudah utk baby menelannya.
 4. Siap untuk dihidangkan.


Tengok ni... sampai habis sara mamam tau!!!


Yang ni untuk esok.....boleh simpan dalam petisejuk beku.... bila nak makan hanya panaskan semula...

Wednesday, 4 April 2012

Makan Time..........


Ceria wajah anak mama pagi ni....

Ni wajah budak busyuk yg baru bangun tidur.... dan mama baru je habis memasak bubur buat sarah!!!

Jom tengok apa mama masak utk anak mama hari ni....




Bubur Ayam Bersama sayur-sayuran,,,,,,,,,




Ni bubur yang sudah siap di Blend.....


Makan time.!!!!............ huhu!!!




Ade lebih boleh simpan dalan peti sejuk beku...........

Sunday, 1 April 2012

Red Velvet Cupcakes Sempena Birthday Kakak Anis...





Salam..... Actually semalam birthday my daughter, yg ke 14 tahun.!! Tahun ni besday anak saya, kami celebrate sederhana sahaja.... Saya hanya buatkan kek red velvet kerana my dotter dah buat plan nak celebrate bersama kawan2nya di Mc Donald!!. Kami pun makan2 sekali kat sana.... Wah.... dah besar rupanya anak dara saya!!! Anak bujang saya pun sudah 16 tahun.... semakin tua umur anak, kita ni apatah lagi... Namun begitu Alhamdulillah, syukur atas nikmatNya kerana saya sempat melihat anak2 membesar di depan mata!! Kini lengkaplah hidup saya....kerana saya dikurniakan putera dan puteri yang sangat baik, comel, sihat dan sempurna!!. Saya cuma bermohon agar semua anak2 saya menjadi orang yang berguna, berjaya dalam hidupnya, taat kepada Allah dan kedua ibubapanya serta di kuniakan rahmat dan perlindungan oleh Allah S.W.T......... Amin.








.....berbalik cerita kek red velvet, ini  first time saya membuatnya... so masa first adunan saya tak pandai nak agak berapa byk pewarna merah yang harus dibubuh.... saya bubuh pewarna merahnya terkurang sikit... tu yg nampak macam kek coklat je... but rasanya tetap sama.... cuma warnanya sahaja yang berapa baldu merah!!!




...... yng ni kali kedua.... ok sikit dari yg pertama....




.. Actually ni first time saya makan kek RV ni.... Before ni dengar org komen kata kek ni sedap, ada juga yg kata kek ni biasa sahaja... pada pandangan saya kek ni rasa biasa sahaja kalau dimakan tanpa cheese frosting.... kalau dimakan bersama cheese frosting memang ada rasa keistimewaannya... Utk resepi Red Velvet ni saya guna resepi kat bawah....  resepi mudah dan InsyaAllah menjadikk!!!

  Resepi Red Velvet Cupcakes Bahan 1:
  • 2 biji telor ( saya guna gred b )
  • 1 cawan buttermilk ( saya letak 1 1/4 cawan )
  • 1/2 cawan (113g)butter ( saya letak 125 g )
  • 1 1/2 cawan gula
  • 1 sudu teh vanilla
  • 5 - 6 titik pewarna merah *food colouring*(saya letak dalam 1 1/2 @ 2  sudu makan - baru dpt color merah)
Bahan 2:
  • 2 1/4 cawan tepung
  • 2 sudu besar serbuk koko
  • 1 sudu kecil baking powder
  • 1/2 sudu kecil garam
Bahan 3:
  • 1 sudu kecil baking soda
  • 1 sudu teh cuka ( saya letak 1 sudu makan )
Cara membuatnya:
  1. Panaskan oven 180'.
  2. Campur kesemua bahan 1 hingga sebati.
  3. Dalam mangkuk lain, ayak kesemua bahan 2.
  4. Satukan bahan 1 dan 2. Kacau2kan dengan senduk kayu sehingga kedua2nya sebati.
  5. Campurkan bahan 3, kacau sebati.
  6. Tuangkan adunan ke dalam mangkuk kertas sehingga 3/4 penuh. Bakarkan selama 15 - 18 minit.
  7. Sementara itu boleh lah diputar cheese cream untukfrosting.
  8. Tunggu cup cake sejuk dahulu baru diletak frosting.
Bahan untuk frosting:
  • 250g cream cheese
  • 100g butter
  • 1 cawan gula Icing - wajib diayak dahulu bagi mengelakkan frosting berketul2
Putar semua bahan biar jadi gebu dan putih.



Wajah happy besday girl..........
Dapat hadiah kek dari kawan2nya!!! Alhamdulillah!!.... tahun ni dapat jugak beli hadiah yg sudah lama di ingininya...... Semoga Nur Anis Sabrina ceria dan bahagia selalu...........