Monday, 31 December 2012
Selamat Tahun Baru 2013....
Salam dan Selamat tahun Baru buat semua reader dan follower blog potrerkasih yg dikasihi....
Semoga tahun baru ni menjanjikan kebahagian yg berlimpah ruah buat semua termasuk diri saya..... Kebahagian... kebahagian... kebahagian selamanya.... Amin...
Bagi diri saya tahun 2013 adalah tahun yg agak mencabar kerana 2 orang anak saya akan mengambil peperiksaanSPM dan PMR.... Azam saya tahun ni adalah utk sama2 membantu mereka di samping mendoakan buat mereka berdua agar kedua2nya berjaya mengharungi tahun yg mencabar ini.... Semoga anak2ku berjaya dalam mengejar impian masing2.... Amin....
Tuesday, 25 December 2012
Musim2 Krismas......
Sekarang ni musim perayaan krismas kan.... kalau pergi mana2 pusat membeli belah mesti terjumpa hiasan berlampu yg berwarna warni pada pokok krismas ni kat pintu masuk pusat membeli belah tersebut....
Sewaktu saya ke Singapore hari tu sara sangat teruja tengok lampu2 yg berwarna warni tu... Lobby bhgn depan Marina Bay Sand terdapat satu pokok krismas yg sgt tinggi dan besar....... Saya lepaskan sara bebas berlari2 di sini.......
Sara yg sedang lasak pun berlari2 ke arah pokok krismas ni seperti ingin memetik lampu2 yg berwarna warna warni tu.... saya segera berlari dan menangkap nya sebelum pkok krismas tu rosak atau tumbang dikerjakan sara...
Hai... anakku.... lasak sungguh dia....
Sebenarnya di musim2 perayaan krismas ni saya pun sungguh seronok dan teruja.... maaf ya...bukan kerana saya nak celebrate krismas tapi banyak sale di sana sini..... SALE... SALE... SALE!!
Walaupun sekadar menyoping baju sekolah anak2 saya gak sempat menyopping kasut dan baju sendiri.... bukan selalukan.... nak dapat harga murah!!!
Sunday, 23 December 2012
Singapura Dalam Kenangan....
Masih terkenang2 lagi masa saya dan famili melawat ke Singapura baru2 ni.... rasanya ni kali kedua saya menjejakkan ke sini....kali pertama dulu dalam tahun 1984, masa tu saya masih di alam persekolahan lagi... bayangkan betapa sudah banyak berubah dan bandarayanya kini menjadi sangat indah dan bersih sekali....
Walaupun singgah ke sini dalam sehari dan saya pulang dengan tidak rasa puashati kerana banyak tempat2 menarik tak sempat kami kunjungi....tapi tak mengapalah ....Insya Allah tahun depan kami kemari lagi........
Inilah wajah Nur Sarah Marissa saya.... yg kini sudah berusia 1 1/2 tahun!. Kini dia dah jadi sangat lincah dan manja...
Gambar kenang2an semasa di Marina Bay Sand.... ni sewaktu cuci2 mata dan terbeli gak satu dua barang... hihihi....
Saturday, 22 December 2012
Salam.......
Salam semua pembaca yg di kasihi...
Bertemu kembali di blog baru saya.... setelah sekian lama tak bersiaran di Potret Kasih.... ramai gak yg tertanya2 mengapa saya dah jarang berblog kan.... hihihi.....
Actually tak de apa2 yg berlaku... sebenarnya saya ni just cuma nak berehat je....Saya buat blog baru... ni sebab blog peribadi saya di potretkasih2 dan wanayusuf.blogspot tu dah overlimit... tu pasallah gambar2nya jadi hitam je.... saya pun dah malas nak baik pulih so... saya let go je blog tu!!!Buat blog baru senang citer...
Blog ni, blog peribadi, so terpulanglah sapa nak baca atau tak.... saya cuma nak abadikan saat manis saya sahaja pada blog ni....
but anyways... pada sahabat2 yg menyokong blog saya ni, terimakasih saya ucapkan....
jumpa lagi di next entri ok....
- Kak Wana Yusuff
Saturday, 1 December 2012
Gambar Sarah Marissa Masa Berumur 4 Bulan
Masa kemas2 kini kan file dalam my lappy terjumpa pula gambar sarah masa berumur 4 bulan yg saya ambil dgn menggunakan handphone lama saya... masa ni mmg badan sara tengah semangat betul...
Sayangnya ketembaman nya tak kekal lama... bila sarah meningkat 1 tahun badannya mulai susut.... kerana susu badan saya mulai susut... dan sara tak nak langsung minum susu berformula... so sampai sekarang pun badan sara agak susah tembam dan cubby....
Cari2 lagi... jumpa lagi gambar2 ni.... banyak gambar yg blur... gambar kat bawah ni aja yg agak terang sikit.... Rindu sangat nak tengok sara masa dia comel macam ni... huhu..... tapi sekarang ni rupa sara dah lain sgt dgn wajahnya yg ni...
..
Saturday, 21 April 2012
Resepi Grill Chicken Chops
Salam semua.....
Selamat berhari minggu... walaupun hari minggu dah nak sampai kepenghujungnya.... Hari ni saya masak western food lagi... semalam lasagna... hari ni pulak grilled chicken chop...
Sebenarnya nak celebrate birthday my baby Sara Marissa yang ke setahun... Yeeh!!! sara dah satu tahun.... Actually nak celebrate awal lagi tapi asyik tertangguh je... sebab my hubby tersangatlah sibuknya... So saya masak chicken chop ni sebab ni fav anak2...
Sara pun suka chicken chop!!! tapi saya kena hancur2kan ayam tu dululah baru dia bolah mamam......
Resepi Grilled Chicken Chop
1 ekor ayam sederhana ( di belah 4 dan ‘debone’kan ayam – dapat 4 keping ) - kali ni saya beli dada ayam dan buangkan tulangnya!!!
1 sudu besar lada hitam ( ditumbuk)
3 sudu besar sos tiram
1 sudu besar sos cili
1 sudu besar kicap manis
1 sudu makan kicap masin
1 sudu makan jus limau
1 sudu besar jus halia ( 1 inci halia di tumbuk dan perah jusnya kedalam ayam)
1 sudu kecil serbuk ayam ( granulled chicken stock)
1 sudu besar Rosmary kering ( saya tambah )
Cara Penyediaan
1. Satukan semua bahan hingga rata. Kemudian peraplah ayam dalam petisejuk selam beberapa jam. Seelok-eloknya semalaman.
2. Semasa hendak membakar gaulkan dengan sedikit minyak masak dan bolehlah di bakar di atas periuk non stick. Balik-balikkan ayam hingga masak dan bolehlah di angkat. Saya guna pembakar elektrik je lebih mudah!
Untuk Sos Perang ( brown sause ) @ Sos lada hitam
1 labu bawang besar ( potong dadu)
1 sudu besar mentega
2 sudu besar tepung gandum ( ayak dulu takut macam-macam ada dalam tepung)
1 liter air ( lebih kurang dalam 1 jag kecil )
3 sudu besar sos tiram
1 sudu besar kicap (untuk menggelapkan sikit warna sos )
1 sudu makan sos tomato atau sos chili
1 sudu besar lada hitam ( ditumbuk halus)
1/2 kiub perasa ayam atau daging lembu.
Sedikit garam
Cara membuatnya
1. Panaskan mentega dalam periuk kemudian tumis bawang besar hingga layu.
2. Tepung gandum di larutkan dalam air hingga rata kemudian masukkan dalam periuk tumisan tadi.
3. Masukkan semua bahan lain termasuk sos-sos. Kacau atas api hingga pekat. Boleh di angkat dan dihidangkan.
* jika anda biasa guna kaedah white sos iaitu masak tepung gandum dalam mentega dulu baru masuk bahan-bahan lain boleh juga. Tapi saya lebih suka buat begini je sebab lebih senang.
** Anda boleh juga tambah cendawan dalam tin yang sudah dipotong-potong jika anda mahu.
Hidanglah chicken chop anda dengan kentang goreng, salad mix vege, timun dan tomato segar!!!
Selamat mencuba!!!
Tuesday, 10 April 2012
Bubur Ayam Bersama Pumpkin, Kentang Dan Cauliflower
Salam,
Hari ni rasa nak cuba resepi baru utk sarah.... masa buat blogwaking cari resepi utk baby food saya tertarik dgn resepi mudah dari blog dr halina.... pumkin/butternut squash, ikan salmon dan brokoli di masak bersama dgn susu kemudian di blend... nampak yummy sangat dan saya pasti sara sukakannya....
Resepinya sangat mudah dan semua dah ada kat dapur saya kecuali ikan salmon. Saya selalu bernasib kurang baik kerana bila ke Tesco, ikan salmon selalu shj kehabisan. Nak pergi pasaraya lain memang tak de masa lah... sebab kat sini pasaraya yg paling dekat dari rumah saya...
So, untuk hari ni ikan salmon saya gantikan dgn dada ayam....dan saya campurkan pula pumkin tadi dgn sedikit kentang kerana risau, perut sara belum biasa dgn pumkin sepenuhnya..... Ini first time dia makan pumkin...
Resepi Puree Chicken, pumkin, potato dan Brokoli
1 keping dada ayam
1 biji kentang ( saiz besar )
sepotong pumkin/ butternut squash/labu ( dipotong dadu )
sepotong brokoli
1 1/2 cawan susu ( saya guna susu baby yg di campur dengan 1 1/2 cawan air )
Cara
1. Saya rebus terlebih dahulu kentang dan pumkin dengan sedikit air hingga lembut.
2. Bila dah lembut saya masukkan ayam, susu, dan brokoli.
3. Biar mendidih seketika dan kacau2 selalu.
4. Tutup api dan bila telah suam sedikit bolehlah di blend dan dihidangkan kepada baby anda...
Ni puree yang telah siap di blend.....
Ermm... sedapnya... kan chibi!!! hari ni chibi sara makan puree karot dan puri ayam bersama pumkin.... mulut dia masih comot bila makan...
My Baby Sarah Marissa sekarang ni dah hampir mencecah 1 tahun... next week hari lahirnya!! Memang tak sedar semakin hari sara semakin besar.... lepas ni dah tak boleh panggil dia baby lagi.... sebab dia dah jadi gegirl!!! dia akan terus dan terus jadi big girl!!!
Sunday, 8 April 2012
Baby Korea
Salam...
Kemana-mana tempat saya pergi bawa sara, ramai yang panggil dia 'baby korea'.... sampai lekat nama baby korea sampai kini...... Betul ke muka dia seperti anak orang korea???
Masa belek2 gambar yg saya ambil baru2 ni barulah saya perasan.... muka dia memang macam budak korea....
Kemana-mana tempat saya pergi bawa sara, ramai yang panggil dia 'baby korea'.... sampai lekat nama baby korea sampai kini...... Betul ke muka dia seperti anak orang korea???
Masa belek2 gambar yg saya ambil baru2 ni barulah saya perasan.... muka dia memang macam budak korea....
Friday, 6 April 2012
Puri Carot For Sarah
Assalamualaikum, kawan2....
Hari ni mama sara masak resepi baru utk makanan sara tau.... cedap dan berkhasiat sangat....
Kawan2 cubalah resepi ni ya.... best sangat!!!
Sekarang ni caya tgh search kat tenet resepi yg best2!!! nanti nak suh mama masyak utk kita..... caya ni cerewet sikit tentang makanan!!! banyak benda yang caya tak suka makan...tapi kat tenet macam2 ada....termasuk resepi utk baby. Caya nak makan banyak2 supaya kita cepat besar dan pandai!!!
Didalam puri ni memang banyak khasiat. Karot mengandungi beta kerotin (yang akan ditukar kepada vitamin A dalam badan kita) yang tinggi selain dari sebahagian besar serat dan karbohidrat terdapat juga sedikit protin, lemak, kalsium, zat besi, vitamin B1, vitamin B2, vitamin B6, vitamin C, vitamin K, biotin, potassium dan thiamine.
Manakala brokoli, dan bunga kobis pula mengandungi provitamin A atau karotenoid, vitamin E, asam folat dan vitamin C. Kesemua karot, brokoli, dan bunga kobis ni sangat kaya dengan anti melawan kanser.
Keju pula sangat kaya dgn karbohidrat, kalsium, protein, lemak, vitamin dan mineral. Boleh baca kat sini tentang khasiat keju.
Untungnya sara..... dapat makan 1 biji karot sehari!!!! bukan mudah tau.... orang dewasa pun tak makan karot sebiji sehari!!!!
Resepi Puri Karot
2 btg karot ( saiz sederhana )
2 keping keju chedar
sepotong brokoli sepotong bunga kobis ( cauliflower )
2 - 3 oz susu baby yg sudah di bancuh dengan air ( susu ni diperlukan semasa utk memgisar karot dll... jumlahnya bergtg setakat mana blender boleh bergerak )
Cara membuatnya
1. Celur terlebih dahulu karot yg telah di potong, bunga kobis, dan brocolli
2. Masukkan bahan tersebut kedalam blender bersama keju dan susu.
3. Blend hingga hancur dan lumat supaya mudah utk baby menelannya.
4. Siap untuk dihidangkan.
Tengok ni... sampai habis sara mamam tau!!!
Wednesday, 4 April 2012
Makan Time..........
Ceria wajah anak mama pagi ni....
Ni wajah budak busyuk yg baru bangun tidur.... dan mama baru je habis memasak bubur buat sarah!!!
Jom tengok apa mama masak utk anak mama hari ni....
Bubur Ayam Bersama sayur-sayuran,,,,,,,,,
Ni bubur yang sudah siap di Blend.....
Makan time.!!!!............ huhu!!!
Ade lebih boleh simpan dalan peti sejuk beku...........
Sunday, 1 April 2012
Red Velvet Cupcakes Sempena Birthday Kakak Anis...
Salam..... Actually semalam birthday my daughter, yg ke 14 tahun.!! Tahun ni besday anak saya, kami celebrate sederhana sahaja.... Saya hanya buatkan kek red velvet kerana my dotter dah buat plan nak celebrate bersama kawan2nya di Mc Donald!!. Kami pun makan2 sekali kat sana.... Wah.... dah besar rupanya anak dara saya!!! Anak bujang saya pun sudah 16 tahun.... semakin tua umur anak, kita ni apatah lagi... Namun begitu Alhamdulillah, syukur atas nikmatNya kerana saya sempat melihat anak2 membesar di depan mata!! Kini lengkaplah hidup saya....kerana saya dikurniakan putera dan puteri yang sangat baik, comel, sihat dan sempurna!!. Saya cuma bermohon agar semua anak2 saya menjadi orang yang berguna, berjaya dalam hidupnya, taat kepada Allah dan kedua ibubapanya serta di kuniakan rahmat dan perlindungan oleh Allah S.W.T......... Amin.
Resepi Red Velvet Cupcakes Bahan 1:
- 2 biji telor ( saya guna gred b )
- 1 cawan buttermilk ( saya letak 1 1/4 cawan )
- 1/2 cawan (113g)butter ( saya letak 125 g )
- 1 1/2 cawan gula
- 1 sudu teh vanilla
- 5 - 6 titik pewarna merah *food colouring*(saya letak dalam 1 1/2 @ 2 sudu makan - baru dpt color merah)
- 2 1/4 cawan tepung
- 2 sudu besar serbuk koko
- 1 sudu kecil baking powder
- 1/2 sudu kecil garam
- 1 sudu kecil baking soda
- 1 sudu teh cuka ( saya letak 1 sudu makan )
- Panaskan oven 180'.
- Campur kesemua bahan 1 hingga sebati.
- Dalam mangkuk lain, ayak kesemua bahan 2.
- Satukan bahan 1 dan 2. Kacau2kan dengan senduk kayu sehingga kedua2nya sebati.
- Campurkan bahan 3, kacau sebati.
- Tuangkan adunan ke dalam mangkuk kertas sehingga 3/4 penuh. Bakarkan selama 15 - 18 minit.
- Sementara itu boleh lah diputar cheese cream untukfrosting.
- Tunggu cup cake sejuk dahulu baru diletak frosting.
- 250g cream cheese
- 100g butter
- 1 cawan gula Icing - wajib diayak dahulu bagi mengelakkan frosting berketul2
Wajah happy besday girl..........
Subscribe to:
Posts (Atom)